Laman Utama
Bionano Herbs Pharma Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat pengeluar produk kosmetik dan penjagaan diri dimana kualiti dan kepuasan pelanggan sebagai teras utama kami.
Penubuhan syarikat ini adalah dari cetusan wawasan pengerusi syarikat ini iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Suhaimy bin Othman dan ianya adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk syarikat bumiputra melibatkan diri dalam sektor industry kecil dan sederhana dan bersaing dengan secara sihat di dalam pasaran terbuka.
Dengan penggunaan terknologi nano dan juga teknologi terkini dan disokong oleh kepakaran serta pengalaman yang dimiliki, syarikat ini bukan saja berupaya mengeluarkan produknya sendiri malah mampu dan bersedia untuk menawarkan perkhidmatan secara ‘Contract Manufacturing’ kepada pelanggan kami serta dikenali sebagai “ONE STOP CENTRE” untuk kepuasan pelanggan.

